Insentif Bina Kerjaya Madani

Apakah Program Kerjaya Madani?

Menurut laman web PERKESO, Program Insentif Kerjaya Madani dalam bentuk latihan peningkatan kemahiran (Upskilling) merupakan inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023. Inisiatif ini dijalankan melalui pengajian dan pensijilan Recognition Of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential, profesional atau kompetensi yang diiktiraf oleh IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 yang dikhaskan kepada :

PROGRAM BINA KERJAYA SEKTOR TIDAK FORMAL

Bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA , BOE, MIA

PROGRAM DAYA KERJAYA TVET

Program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah merupakan satu insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 (mengikut kategori persijilan) yang dikhaskan kepada graduan TVET atau lepasan sekolah (menganggur sekurang-kurangnya 2 bulan)

Tarikh kuatkuasa latihan peningkatan kemahiran boleh dibuat mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini yang diwartakan oleh Kerajaan.

Siapakah golongan sasaran?

Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal

Pekerjaan sektor tidak formal membawa maksud semua jenis pekerjaan lain selain aktiviti pekerjaan formal termasuk
• Pekerja GIG, Orang Bekerja Sendiri,

  • Kerja kampung atau petani, nelayan
  • Lain-lain seumpamanya dan peniaga sambilan kecil- kecilan di pasar malam atau di tepi jalan.

 

Program Daya Kerjaya Tvet

Graduan TVET : Graduan institusi TVET awam yang diiktiraf oleh agensi seperti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.

Lepasan sekolah : mempunyai tahap Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah

 

Syarat Kelayakan:

PROGRAM BINA KERJAYA SEKTOR TIDAK FORMAL

Memberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan Latihan.

Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan / menambah kemahiran mereka menerusi latihan Microcredentials / Latihan Profesional

Menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal

Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal

PROGRAM DAYA KERJAYA TVET

Meningkatkan kebolehpasaran dan peningkatan kemahiran dalam kalangan graduan TVET serta lepasan sekolah

Mengurangkan ketidakpadanan (mismatch) dalam tawaran pekerjaan dan gaji yang tidak

setimpal dengan kemahiran (underemployment) dalam kalangan graduan

TVET serta lepasan sekolah

Merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan bagi meningkatkan peluang

pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan TVET dan lepasan sekolah

MySHEQA sebagai Penyedia Latihan PERKESO

My SHEQA Group Sdn Bhd merupakan salah satu penyedia latihan yang dilantik oleh PERKESO di bawah program Latihan Bina Kerjaya (kod kelulusan TPAK1142000135) untuk menjalankan program OSH Coordinator Training (CA5081000257). MySHEQA berpengalaman sebagai pakar dalam bidang Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan Jaminan Kualiti dengan pengalaman industri melebihi 10 tahun. Kami membantu pelanggan mencapai matlamat organisasi mereka serta matlamat peribadi melalui perkhidmatan pendidikan dan pemantauan kami.

Bina Kerjaya Madani – OSH Coordinator

Kursus Penyelaras Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Bengkel Sistem Pengurusan KKP adalah program latihan asas yang komprehensif mengenai keselamatan kesihatan pekerjaan. Kursus ini merangkumi 12 modul asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang lengkap seperti Asas Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Perusahaan Kecil Sederhana, Pengurusan Bahan Kimia, Pengenalan Penyakit Pekerjaan dan lain-lain. Kursus ini adalah berdasarkan modul latihan OSH Coordinator selama 3 hari yang diluluskan oleh JKKP dan tambahan 2 hari bengkel bina kemahiran OSH Coordinator untuk mengurus KKP secara bersistematik.

Apakah OSH Coordinator?

 

OSH Coordinator atau Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dikenali sebagai “Trained Person” yang diperakui oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Peranan dan tanggungjawab seperti berikut : 

1️⃣ Untuk membantu majikan dalam perkara OSH;

2️⃣ Maklumkan pada majikan akan hazard;

3️⃣ Penilaian risiko kendiri di tempat kerja ; dan

4️⃣ Melaporkan pada JKKP tentang sebarang kemalangan berkaitan pekerjaan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan

Anda berminat dengan latihan Bina Kerjaya Madani – OSH Coordinator? 

Nak tahu cara-cara untuk serta program ini TANPA DIKENAKAN BAYARAN?