Program Bina Kerjaya Madani 2.0
Penyedia Latihan Berdaftar
Siapakah Golongan Sasaran Program Ini?
Orang Bekerja Sendiri(OBS) Yang Menggajikan Pekerja
- Majikan yang mempunyai 5 orang pekerja dan ke atas di sesebuah premis.
- Selaras dengan inisiatif Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mewajibkan seorang Penyelaras KKP dilantik di setiap premis Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).
- Selaku pemilik perniagaan yang menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan premis.
Bagaimana latihan OSH Coordinator ini memberi manfaat kepada OBS?
- Memenuhi keperluan perundangan dalam pindaan akta yang ditetapkan oleh JKKP.
- Memelihara kesihatan dan keselamatan pekerja.
- Memastikan situasi dapat ditangani dengan efisyen sekiranya berlaku kemalangan di premis pekerjaan.
- Mengembangkan portfolio kemahiran yang sedia ada.
Orang Bekerja Sendiri Yang Ingin Transisi Kepada Pekerjaan Formal
- Disasarkan kepada golongan yang tidak mempunyai majikan dan ingin membina kerjaya yang lebih stabil.
- Insentif Kerajaan berbentuk Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling).
- Mengembangkan lagi portfolio kemahiran mereka yang sedia ada dan membuka peluang kepada lebih banyak cabang bidang pekerjaan.
Bagaimana latihan OSH ini memberi manfaat kepada transisi kerjaya anda?
- Program ini akan menjadi salah satu kompetensi tambahan kepada kemahiran / pensijilan sedia ada.
- Nilai tambah kebolehpasaran dalam semua bidang pekerjaan.
- Meningkatkan kebolehpasaran di dalam industri.
- Mengembangkan lagi portfolio kemahiran yang sedia ada.
- Membuka peluang kepada lebih banyak cabang bidang pekerjaan.
Laporan Statistik Kemalangan Pekerjaan bagi 2023 (hingga oktober) yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menunjukkan peningkatan bilangan kes kemalangan pekerjaan sebanyak 6,951 kes yang di laporkan ke JKKP sahaja.
TAHUKAH ANDA?
Dengan Kemahiran Sebagai Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Anda Akan Dapat:
- Menyelamatkan nyawa dengan mengurangkan risiko kemalangan dan dapat mengenalpasti hazard ditempat kerja.
- Kemahiran kompetensi dalam bidang keselamatan & kesihatan pekerjaan.
- Peluang pekerjaan lebih luas bersama majikan yang mengutamakan kemahiran tambahan seperti bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, KKP.
- Kelebihan untuk dilantik menyertai Jawatankuasa Pemandu atau Pelaksana KKP, Kumpulan Tindakan Kecemasan, Kumpulan Pemeriksaan Tempat Kerja dan Sebagainya.
- Peluang dinaikan pangkat/gaji kerana kemahiran dalam bidang OSH adalah tanggungjawab berbeza
MEMPERKENALKAN KURSUS KOMPETENSI UNTUK ORANG BEKERJA SENDIRI!
Tahukah Anda? Di Malaysia, kemahiran dalam bidang Occupational Safety & Health (OSH) atau Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) termasuk dalam salah satu.
- KEMAHIRAN YANG PENTING & BERNILAI TINGGI
- PELUANG MENYELAMATKAN NYAWA DARI KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
- POTENSI KERJAYA YANG LEBIH LUAS
Syarat Kelayakan Menyertai Program Bina Kerjaya Madani 2.0
Adakah Anda:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 50 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
- Tahap pendidikan Diploma dan ke bawah.
- Mencarum di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) atau dapat membuktikan melakukan pekerjaan sendiri melalui apa-apa platform yang berkaitan.
- Tidak mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan
- Individu yang sedang bekerja dengan majikan hendaklah TIDAK mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan sebelum daripada tarikh lapor diri.
Mengapa Bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OSH Sangat sangat Penting?
- Merupakan aktiviti antara disiplin yang berkenaan dengan pencegahan risiko dan bahaya.
- Menjamin kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja dan orang lain ditempat kerja.
- Melindungi orang ramai daripada risiko kesihatan dan keselamatan aktiviti komersial.
- Menghapuskan risiko dan bahaya ditempat kerja.
- Pendidikan mementingkan pembelajaran dan kemahiran, sedangkan KKP bertujuan untuk melindungi dan mempromosi keselamatan dan kesihatan.
Kelebihan Menjalani Program OSH Coordinator Sebagai Orang Bekerja Sendiri
- Dilihat sebagai seorang yang mempunyai asas pengetahuan dalam bidang KKP: Sebanyak 12 Modul akan dikongsikan selama 5 hari
-
Lebih mudah menjalani tanggungjawab mencegah kemalangan:
Pelatih lebih faham tentang risiko dan hazard di tempat kerja -
Suatu kelebihan untuk dilantik menyertai Jawatankuasa KKP:
Satu batu loncatan untuk perkembangan kerjaya yang lebih tinggi.
Nilai Tambah Kebolehpasaran Dalam Semua Bidang Pekerjaan
- Program ini akan menjadi salah satu kompetensi tambahan
- Meningkatkan kebolehpasaran di dalam industri
- Mengembangkan lagi portfolio kemahiran yang sedia ada
- Membuka peluang kepada lebih banyak cabang bidang pekerjaan
- Melahirkan usahawan atau pekerja yang menepati keperluan industri
Merujuk kepada akta KKP, majikan semua sektor di Malaysia dikehendaki menjamin kepentingan pekerja didalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Menjalankan penaksiran risiko KKP
- Bersiapsiaga dalam menghadapi kecemasan
- Melantik OSH Coordinator
- Memastikan pekerja terlatih dalam mengendalikan kerja berisiko, dan;
- Memupuk kerjasama membudayakan amalan kerja sihat dan selamat